“Pisang emas bawa belayar,

masak sebiji di atas peti,

hutang emas boleh dibayar,

hutang budi dibawa mati”.

Biasakan dengar pantun klasik ni? Soalannya, kenapa pisang emas? Bukan pisang tanduk, pisang berangan, pisang awak, pisang embun, pisang rastali, pisang abu atau pisang-pisang yang lain?

Aku punya pemahaman sebelum ni, orang dulu-dulu gunakan pisang emas dan bukan pisang lain sebab nak bunyi berirama sama dengan ayat pada rangkap seterusnya; hutang emas.

Tapi, baru-baru ni, ada seorang Prof .Madya mendakwa yang pemilihan pisang emas tu sebenarnya bersandarkan ilmu sains.  Bukannya kebetulan atau pun untuk bagi bunyi irama yang sama.

Dakwanya, digunakan pisang emas kerana ia adalah ubat mabuk laut kalau dimakan terus dengan kulitnya. Sebab itulah,  para pelayar dulu sentiasa membawa pisang emas dalam ekspedisi pelayaran mereka.

Betul ke? Harap ada pengkaji sains boleh buktikan dengan dapatan kajian saintifik.

Eh, makan sekali dengan kulit? Boleh ka makan kulit?

Boleh,  kita boleh makan kulit pisang. Bukan sahaja mereka boleh dimakan, bahkan nutrien kulit pisang juga  amat baik untuk kita.

Rujuk artikel ni; People around the world are eating banana peels because they know something that Westerners do not