Mata yang sihat dan penglihatan yang jelas adalah kritikal untuk anak kecil belajar dengan melihat. Masalah mata dan penglihatan boleh menyebabkan kelewatan perkembangan global (global developmental delay). Anak kecil belajar apabila maklumat visual dari mata dihantar ke otak. Ia akan memberikan pemahaman tentang persekitaran dan cara berinteraksi yang betul. Mata dan penglihatan membekalkan maklumat dan stimulasi penting untuk perkembangan mereka.

Khayr Mizan dikenalpasti mempunyai masalah penglihatan (myopia atau rabun jauh) . Jarak penglihatannya dikatakan cuma dalam jarak sekaki saja.

Untuk membantu perkembangan Mizan, sepasang cermin mata telah ditempah mengikut preskripsi doktor. Dalam 3 hari lagi cermin mata siap, kita tunggu dan lihat perkembangan positifnya.

Testing cermin mata untuk cari bingkai yang sesuai
Nampak macam Harry Potter lak dengan bingkai ni
Ke nampak macam Jonathan Lipnicki dari movie Jerry Mcguire. Image via hellomagazine.com