Hormat menghormati, satu perkara yang perlu diajar dan dipupuk sejak kecil. Diperhatikan akhir-akhir ini agak kurang diamalkan, malangnya  ramai ingin dihormati, tetapi lupa untuk menghormati. Manusia lebih bersifat egosentrik (semuanya untuk diri sendiri saja). 

Terlanggar bahu tak reti minta maaf, berat ucap terima kasih atas bantuan, sinis dalam menasihati, beri label negatif pada orang yang tak sehaluan, parking kereta halang laluan, main lepas cakap, buang sampah merata, tuntut hak orang/syarikat tanpa memenuhi pra-syarat, tak adil menilai isu, potong barisan, pijak kawasan tengah dimop makcik cleaner tanpa rasa bersalah, prejudis dan buruk sangka, lelaki tak angkat cover seat tandas duduk masa kencing berdiri (terutama kalau tandas kongsi jantina) , tak flush tandas, panjang lagi senarai ni cuma tak larat nak senaraikan semua….. 

Ini yang dimaksudkan egosentrik, persoalan “what’s in it for me” menjadi persoalan utama. Hak sendiri saja diutamakan, hak makhluk lain diabaikan. Selalunya akan digunakan alasan agama, untuk kebaikan,keadilan dan pelbagai lagi untuk justify sifat egosentrik ni.  

Penting untuk ajar anak-anak menghormati, dan peranan ni PERLU dilakukan dan dicontohi dari ibu bapa. Bukan outsource ke cikgu, penjaga, penguasa dan orang awam. 

Mikhail diajar untuk ucapkan terima kasih pada pengawal keselamatan sekolah yang bantu kawal kelancaran lalu lintas.

Antara perkara yang boleh di contohi dari ibu bapa (role modeling ) ;

  • Ajar anak untuk fikirkan kesan perbuatan ke atas orang lain (kesan fizikal atau emosi). 
  • Ajar untuk minta izin atau ketuk pintu sebelum masuk bilik parent atau saudara lain. 
  • Ringankan mulut dengan ayat “tolong” dan “terima kasih” waktu minta bantuan dan lepas dibantu. 
  • Sekali-sekala,buat penilaian adab anak-anak. 
  • Terapkan abundance mentality bukan scarcity mentality (secara mudahnya, setiap orang ada rezeki yang telah ditetapkan, tak perlu berebut atau bolot rezeki orang – contoh mudah kat buffet line, amik sekadar cukup, nanti amik lagi kalau ada rezeki. Jangan ambil penuh pinggan sebab takut lauk habis,  tapi makannya tak abis) . Rujuk sini untuk konsep abundance mentality ➡   http://feelhappiness.com/abundance-mentality-complete-guide/

Banyak sifat ihsan yang aku belajar dengan bapak aku.

Masa sekolah rendah, bapak aku pernah tegur aku sebab tutup hidung dengan tangan sebelah pekerja angkut sampah, gerakkan spontan sebab sampah busuk. Soalan bapak “apa perasaan pekerja tu?”. Aku protes, “bau busuk sangat”…  Respond bapak,” betul la busuk, tapi apa cara lain untuk elak hidu bau busuk tanpa guris perasaan dia? Cuba tahan nafas sampai lori sampah berlalu, kan kesan yang sama tanpa perlu tutup hidung”…. Simple incidents, tapi powerful lesson yang melekat dalam minda sampai dewasa. 


Advertisements